Sejarah Kertas 1 Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800 -Free Books

SEJARAH KERTAS 1 TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800
26 Mar 2020 | 14 views | 0 downloads | 45 Pages | 332.16 KB

Share Pdf : Sejarah Kertas 1 Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800

Download and Preview : Sejarah Kertas 1 Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800


Report CopyRight/DMCA Form For : Sejarah Kertas 1 Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800



Transcription

Bahagian A, 1 Jelaskan peranan sistem tulisan dalam masyarakat pada zaman tamadun awal. manusia 25M, 2 Huraikan peranan setiap lapisan masyarakat dalam tamadun India dan China 25M. 3 Sejauhmanakah faktor kekuatan tentera berperanan dalam mengukuhkan sesebuah. empayar dalam tamadun awal 25M, 4 Bincangkan ciri ciri pentadbiran pusat dan wilayah di India dengan merujuk pada. zaman empayart Maurya 25M, 5 Huraikan faktor faktor yang mendorong kepada meletusnya peperangan dalam. kerajaan tamadun awal dunia 25M, 6 Apakah yang dimaksudkan dengan kapitalisme dan jelaskan faktor faktor yang.
membawa kepada perkembangan ekonomi kapitalisme di Eropah Barat dari tahun. 1400 M hingga 1700 M 25M, 7 Nilaikan sumbangan Laksamana Cheng Ho dalam perkembangan tamadun. manusia 25M, 8 Bandingkan corak pemerintahan negara kota Athens bermula pada tahun. 495 S M dengan negara Kota Madinah pada zaman Nabi Muhammad s a w 25M. Bahagian B, 9 Jelaskan konsep manusia mengikut pandangan Islam dan Arab Jahiliah 25M. 10 Huraikan faktor faktor yang membawa kepada penghijrahan Nabi Muhammad. S A W ke Madinah pada tahun 622 M 25M, 11 Huraikan kepentingan Piagam Madinah kepada pembangunan masyarakat Madinah. 12 Huraikan aspek kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam bidang ketenteraan. dengan memberikan contoh contoh yang sesuai 25M, 13 Terangkan perlaksanaan zakat dan kepentingannya pada Zaman Bani Abbasiyah.
14 Bincangkan perkembangan sistem pendidikan Islam di Aceh sebelum abad ke 18. Masihi 25M, 15 Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan antara tamadun Islam dan. tamadun Barat 25M, 16 Bincangkan kaitan peristiwa hijrah dengan matlamat penjelajahan dan penerokaan. pada zaman Nabi Muhammad SAW dan kesannya kepada umat Islam 25M. Panduan Skema Jawapan,Bahagian A, 1 Jelaskan peranan sistem tulisan dalam tamadun awal manusia 25M. A Pengenalan 3M, Kemunculan dan perkembangan tamadun manusia berlaku secara berperingkat peringkat. Proses ini bermula pada zaman Neolitik apabila berlakunya revolusi pertanian yang. menyebabkan berlakunya petempatan manusia sehinggalah membawa kepada. kemunculan sistem tulisan Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal. melalui penemuan sistem tulisan yang terdapat pada batu bersurat tugu istana kuil. surat perjanjian dan sebagainya Menurut Darcy Riberio sistem tulisan ialah lambang dan. manifestasi sesebuah bangsa Antara sistem tulisan awal iaitu heroglif Mesir ideogram. Sumeria piktograf China dan Phoenicia Yunani Bentuk tulisan awal berbentuk. lambang dan simbol membawa maksud tertentu,1 Sistem Tulisan sebagai catatan Pensejarahan.
Ahli arkeologi dapat mengkaji sejarah perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan. batu bersurat yang dikenali sebagai Roseta Inskription Tulisan ini terdapat pada. dinding dinding piramid Melalui tulisan Rosetanini dapat digambarkan corak kegiatan. ekonomi dan pertanian masyarakat Mesir purba,2 Tulisan Untuk Merekod Upacara Keagamaan. Penemuan rumah berhala ziggurat di Sumeria iaitu bangunan berbentuk piramid tujuh. tingkat Catatan pada dinding kuil dan ziggurat membuktikan telah wujudnya amalan. keagamaan dalam masyarakat tamadun awal Di Mesir penemuan kompleks kuil di. Karnak dan Memphis ada mencatatkan tentang gambar gambar dan simbol. menggambarkan keagungan dan kebesaran firaun Kuffu yang membinanya Tulisan pada. dinding kuil membuktikan berlakunya upacara pemujaan terhadap Tuhan firaun atau. Amon Re di Mesir,3 Tulisan Untuk Merekod Sistem Undang Undang. Kod Hammurabi mengandungi 282 pasal meliputi pekara seperti perkahwinan. perdagangan pertanian pewarisan harta dan hukuman terhadap kesalahan jenayah yang. dilakukan oleh masyarakat di Mesopotamia Undang undang Hammmurabi menetapkan. hukuman berat kepada sesiapa yang cuba mengubah mana mana bahagian dalam kod. tersebut Golongan hamba diberikan hak serta dilindungi Kod Hammurabi juga. mencatatkan hak pengguna daripada ditipu oleh peniaga Hukuman bagi setiap kesalahan. jenayah amat berat dan rakyat perlu membayar denda yang berbeza mengikut status. sosial Hukuman lebih ringan jika kesalahan dilakukan oleh golongan atasan atau. bangsawan dan sebaliknya, 4 Tulisan untuk Merekod Perkembangan IlmuPendidikan. Catatan pada buku rekod rekod perubatan di Mesopotamia mengandungi 600 koleksi. ubat ubat dan merekod perkembangan bidang perubatan yang dikawal oleh kerajaan. Doktor diberikan penghormatan tinggi dan dilantik untuk berhidmat di istana Kod. Hammurabi mengandungi sembilan fasal kod berkaitan ilmu pembedahan Dalam ilmu. matematik sistem angka diperkenalkan Terdapat dua sistem angka iaitu perpuluhan dan. perenam puluhan Dua teks ilmu matematik telah dihasilkan iaitu table text dan. problem text oleh masyarakat di Mesopotamia, 5 Tulisan Untuk Merekod Karya Kesusasteraan Kesenian. Epik Gilgamesh merupakan karya puisi yang panjang menyentuh tentang kepahlawan. dan kehebatan putera putera diraja dan corak hidup orang Sumeria Pada zaman Sumeria. epik yang terkenal iaitu Legenda Etana dan Legenda Adapa Karya yang dihasilkan pada. zaman Babylon lama iaitu The Poor Man of Nippur The Lord of Wisdom dan. Pessimistic Dialouge Between Master and Servant Pada abad ke 3 SM tulisan. cunieform menceritakan mitos tentang tuhan Enlil dan Ninhursag dihasilkan. 6 Tulisan untuk Merekod Urusan Pentadbiran, Catatan rekod rekod pentadbiran zaman dinasti dinasti awal di China Penemuan kubur.
besar besar Teracota mencatatkan tentang keagungan pemerintahan Shih Huang Ti Di. India terdapat catatan undang undang dan tanggungjawab pemerintahan yang di pahat. pada tiang tiang batu Asoka untuk dipamerkan di khalayak ramai. 7 Tulisan Untuk Merekod Urusan Ekonomi Perdagangan. Di Mesir rumah rumah berhala mempunyai buku buku rekod dan catatan tentang semua. urusan jual beli menyimpan buku buku kredit hutang dan merekod barangbarang. 8 Tulisan Untuk Ketenteraan, Melalui teks teks Taittiriya Upanishad dan kitab kitab Rig Veda mencatatkan bahawa. raja dianggap sebagai pemimpin tentera yang berperanan melindungi rakyat. C Kesimpulan,Apa sahaja yang berkaitan, 2 Huraikan peranan setiap lapisan masyarakat dalam tamadun India dan China. A Pengenalan 3M,Definisi Organisasi Sosial, Menurut Melvin Tumin organisasi sosial merujuk satu pembahagian anggota. masyarakat kepada lapisan sosial yang berbeza dari segi kuasa kekayaan. gaya hidup pekerjaan dan sebagainya Organisasi sosial juga merujuk kepada. pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang. mempunyai perbezaan dari segi kuasa kekayaan gaya hidup pekerjaan dan. sebagainya, Kewujudan organisasi sosial sememangnya dapat dikesan sejak Zaman Neolitik. berikutan berlakunya perubahan cara hidup masyarakat yang mula melibatkan. diri dalam kegiatan pertanian yang telah menimbulkan pelbagai kelas dalam. masyarakat sama ada pemerintah dan paderi yang menggunakan autoriti dan. kuasa agama untuk menguasai hasil ekonomi negara diikuti munculnya. golongan tentera untuk melindungi kekayaan dan kepentingan negara serta. kelas yang paling bawah biasanya petani dan hamba yang bertanggungjawab. mengeluarkan hasil hasil ekonomi negara, Organisasi sosial menyebabkan wujud pembahagian kuasa dan kerja bagi setiap.
golongan masyarakat dalam tamadun India dan China,Latar belakang tamadun India dan China. Organisasi sosial di Lembah Indus dan peranannya 10M. 1 Golongan Pendeta, Merupakan golongan yang berpengaruh di India walaupun kecil bilangannya. Disebabkan tidak adanya sistem pemerintahan beraja maka tugas tugas. pemerintahan dan pentadbiran negara dipikul atau diamanahkan kepada. golongan paderi yang dianggap golongan yang suci serta mempunyai hubungan. yang paling rapat denhgan tuhan ataupun dewa, Dari segi pentadbiran dan perundangan misalnya golongan pendeta. bertanggungjawab menggubal serta melaksanakan peraturan dan undang. undang yang pada amnya lebih bersifat keagamaan berdasarkan kitab kitab suci. Golongan ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang. ekonomi kerana institusi agama kuil mempunyai tanah tanah pertanian yang. luas akan dikerjakan oleh golongan petani ataupun hamba. Golongan ini juga bertanggungjawab mengagihkan hasil hasil pertanian yang. dikumpulkan dalam jelapang, Dari segi sosial pula tanggungjawab kebajikan yang dipikul oleh golongan ini. ialah menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pembianan jalan raya. 2 Golongan Pedagang, Merupakan golongan kelas atasan bersama pendeta dalam masyarakat di.
lembah Indus Golongan ini sebagaimana golongan pendeta hidup dalam. keadaan mewah dan mempunyai pekerja pekerja yang terdiri samada golongan. buruh yang merdeka atau hamba, Golongan ini dapat menjalani kehidupan yang mewah kerana urusan. perdagangan yang dijalankan oleh mereka adalah bebas iaitu tiada campur. tangan golongan pendeta serta dikecualikan daripada membayar cukai. Para pedagang ini juga mempunyaai cop cop mohor yang mempunyai lambing. bercorak keagamaan yang menandakan kekayaan yang dimiliki serta dipercayai. menjadi azimat yang ada kuasa sakti,3 Golongan bawahan. Golongan bawahan terdiri daripada petani buruh dan hamba. Golongan petani biasanya tinggal di rumah rumah kecil ataupun yang disediakan. oleh golongan pedagang biasanya rumah tersebut hanya mempunyai 2 buah. Segala kerja pertanian yang dijalankan oleh golongan petani akan diawasi oleh. para pendeta, Sementara golongan buruh pula biasanya akan menjalani tugas tugas seperti. menghantar bijirin membina tembok dan menenun kain. Manakala kerja kerja yang lebih keras seperti mengumpul menyimpan bijirin. yang dihasilkan oleh petani dijalankan oleh hamba, 4 Kedudukan Organisasi Sosial selepas kedatangan orang orang Aryan. Kedatangan orang Aryan telah membawa perubahan iaitu menyebabkan. kehidupan masyarakat pada masa itu telah diasing asingkan Sistem sosial. masyarakat di sini kini dipengaruhi olh sistem kasta Sistem ini. mengklasifikasikan penduduk mengikut pekerjaan mereka. Golongan yang paling tinggi dalam masyarakat dikenali sebagai Brahman yang. berurusan dalam soal keagamaan serta spiritual dan mempunyai pengaruh yang. besar dalam bidang politik dan pemerintahan, Golongan kedua pula Khastriya yang bertanggungjawab pula menjalankan.
tugas tugas ketenteraan seperti memberikan perlindungan kepada Brahman dan. menghadapi musuh apabila diancam, Seterusnya pula golongan Vasya yang biasanya dirujuk kepada golongan yang. mempunyai kekayaan khasnya golongan pedagang, Manakala kasta yang paling rendah diantara 4 kelas ialah sudra iaitu biasanya. merujuk kepada golongan petani, Kasta kasta yang diamalkan disini amat rigid menyebabkan pergaulan antara. kelas atasan dan bawahan adalah amat terbatas,Organisasi sosial masyarakat China 10M. 1 Golongan raja, Merupakan kelas tertinggi dalam masyarakat China Raja atau maharaja memiliki.
kuasa mutlak dalam bidang pentadbiran, Antara tugas raja di China ialah menjadi sumber undang undang negara segala. arahan dan perintah raja mesti dilaksanakan menjadi ketua agama ketua. kerajaan dfan hakim mengetuai upacara agama melantik ketua pelbagai jenis. agama dan kepercayan dan juga melantik pegawai pentadbir untuk melicinkan. struktur pentadbiran, Masyarakat China percaya dengan konsep mandat dari syurga Bermaksud. mereka percaya jika raja memerintah dengan adil kerajaan dan rakyat akan. menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup Mandat akan ditarik balik jika. raja itu zalim dan keadaan ini digambarkan melalui bencana alam keadaan. politik yang tidak stabil dan sebagainya, Pun begitu kebanyakan tugas raja dijalankan oleh wakil wakilnya atas nama. baginda biasanya golongan aristokrat atau bangsawan dalam masayarakat. 2 Golongan Aristokrat, Merupakan pembantu utama raja dan mempunyai pengaruh yang amat besar. dalam sistem politik dan sosial masayarakat China, Dizaman dinasti Shang golongan ini memonopoli penggunaan gangsa dalam.
bentuk alat2 ritual dan senjata, Sesuai dengan tarafnya golongan ini membina rumah kediaman berhampiran. rumah ibadat yang biasanya dikelilingi oleh tembok sebagai langkah. keselamatan, Di zaman Dinasti Chao golngan ini amat berpengaruh mempunyai banyak. pengikut serta tanah tanah yang dikerjakan oleh petani sesuai dengan sistem. feudal yang diamalkan pada masa itu,3 Golongan yang diperintah. Dari segi pekerjaan masyarakat China dapat dibahagikan kepada 4 kelas kelas. yang tinggi darjatnya ialah golongan cerdik pandai yang berperanan memberi. nasihat kepada raja dan masyarakat berhubung dengan pentadbiran serta. tingkah laku, Sesuai dengan penguasaannya dalam ilmu ilmu tertentu maka tidak hairanlah. golongan ini terlalu dipuja oleh masyarakat, Golongan inilah yang bertnggungjawab memperkenalkan pelbagai aliran.
pemikiran di China seperti confuciunisme taoisme legalisme moisme dan. Golongan yang kedua terpenting dalam masyarakat china yang menjadikan. organisasi di sini agak unik ialah petani mereka dianggap kumpulan mulia. kerana membekalkan makanan yang merupakan asas kepada kehidupan. Kelas seterusnya ialah golongan artis tukang tukang yang mahir yang. bertanggungjawab menghasilkan monumen monumen tertentu. Akhir sekali dalam kelas masyarakat ini ialah golongan pedagang yang. diletakkan di tangga terbawah kerana mereka di anggap penipu serta mengaut. keuntungan daripada rakyat tidak seperti kawasan lain tetapi tidak dipandang. tinggi oleh masyarakat, Bagi masyarakat China selain pedagang dipandang rendah satu lagi kumpulan. yang lebih hina kedudukannya iaitu terdiri daripada pelakon pelacur serta hamba. tidak mempunyai tempat di sisi masyarakat, Ditinjau dari aspek kekeluargaan pula golongan pembesar dan kerabat diraja. pula tidak dibenarkan berkahwin lebih dari seorang perempuan Golongan wanita. mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki hanya lelaki. mempunyai kuasa menceraikan isteri,C Kesimpulan,Apa apa yang berkaitan. 3 Sejauhmanakah faktor kekuatan tentera berperanan dalam mengukuhkan. sesebuah empayar dalam tamadun awal 25M,A Pendahuluan. Menurut Farmer dalam buku Comparative History of Civilizations empayar merujuk. kepada entiti politik yang menyatukan zon budaya yang luas Kemunculan empayar. disebabkan oleh dasar imperialisme yang menyebabkan berlaku proses penaklukan dan. perluasan kuasa terhadap negara negara lain Proses perluasan kuasa menyebabkan. muncul beberapa empayar seperti empayar Maurya dan Gupta di India empayar Chin. dan Han di China dan empayar Rom di Eropah Terdapat dua jenis empayar yang utama. iaitu empayar daratan dan empayar maritim Empayar daratan menguasai tanah yang luas. seperti empayar Maurya Gupta Rom dan Chin Empayar maritim pula bergantung. kepada penguasaan laut seperti empayar Srivijaya dan Majapahit. Konsep ketahanan dan pertahanan,B Isi isi 2 x3 M,1 Kekuatan ketenteraan melalui teknologi.
Kekuatan ketenteraan amatlah penting dalam pengukuhan empayar dan bagi. Mewujudkan Keamanan Dalam Empayar Para pemerintah menggunakan tentera untuk. mengatasi rampasan kuasa pemberontakan dan keadaan kacau bilau Bagi memudahkan. tentera mengawal keadaan dalam negara kota kota pertahanan jalanraya dan tembok. didirikan Contohnya pada zaman pemerintahan Maharaja Shih Huang Ti tembok besar. yang dikenali sebagai Tembok Besar China didirikan bagi mengelakkan serangan orang. orang gasar,2 Jenis Tentera, Dalam Tamadun India pula kekuatan ketenteraan begitu dominan dalam pengukuhan. dan perluasan empayarnya Dalam hal ini terdapat empat jenis tentera yang digunakan. iaitu tentera bergajah tentera berkuda tentera berkereta kuda dan tentera berjalan kaki. 3 Komposisi Tentera, Terdapat juga unit unit seperti tentera laut pengintip kumpulan perintis dan komisariat. Keunikan ketenteraan India ialah penggunaan gajah dan ianya berperanan memecahkan. barisan tentera musuh meruntuhkan kubu pintu kota dan benteng pertahanan Kereta. kuda pula digunakan secara meluas pada zaman Maurya dan kebiasaannya Raja raja. India mempunyai angkatan tentera yang besar Misalnya Candragupta Maurya. mempunyai 600 000 orang tentera Rajaraja I mempunyai 900 000 orangtentera dan. Mahendrapala boleh menggerakkan 800 000 orang tentera pada bila bila masa. Faktor faktor lain 5x3M,4 Perluasan wilayah, Salah satu ciri lain dalam pengukuhan empayar ialah perluasan kuasa Apabila sesebuah. empayar menjadi stabil langkah langkah diambil untuk memperkembangkan pengaruh di. wilayah wilayah berhampiran Usaha perluasan kuasa merupakan langkah untuk. menundukkan kuasa kuasa besar di pinggiran yang menggugat kestabilan politik. sesebuah empayar Contohnya empayar Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya. dengan menyatukan negara negara kecil di utara India Pembentukan empayar ini. bertujuan untuk menundukkan ancaman Yunani,5 Sistem birokrasi yang teratur. Kekuatan sesebuah empayar dapat dipertahankan dengan wujudnya sistem pentadbiran. yang sistematik dan teratur Sistem pentadbiran amat penting bagi mengukuhkan. cengkaman kuasa kerajaan di seluruh wilayah jajahan takluk Untuk tujuan tersebut. biasanya sesebuah kerajaan membahagikan empayar kepada wilayah wilayah yang. diperintah oleh gabenor Kerajaan pusat melantik pemerintah di peringkat wilayah dan. sentiasa mengawasi pegawai pegawai di wilayah Contohnya Maharaja Shih Huang Ti. telah membahagikan empayarnya kepada 36 wilayah dan wilayah wilayah ini ditadbir. oleh gabenor tentera,6 Keseragaman budaya, Pembentukan empayar bertujuan untuk melahirkan keseragaman budaya di seluruh.
empayar Dalam konteks ini lazimnya budaya negara induk akan dijadikan budaya rasmi. di seluruh jajahan takluk empayar Contohnya Iskandar Zulkarnain menyebarkan. kebudayaan Hellenistik yang merupakan paduan antara budaya Yunani dan Parsi ke. seluruh empayar Beberapa bandar baru ditubuhkan sebagai pusat penyebaran. kebudayaan Hellenistik seperti Iskandariah dan Antioch. 7 Hegemoni sosial dan ekonomi, Para pemerintah sesebuah empayar lazimnya akan bertindak menyeragamkan sistem. tulisan ukuran timbangan dan penggunaan matawang Tindakan ini diambil untuk. melicinkan urusan pentadbiran dan juga untuk memupuk semangat nasionalisme di. kalangan penduduk Contohnya Sargon Agung telah memperkenalkan bahasa Akkadia. sebagai bahasa rasmi empayarnya Manakala Asoka yang merupakan pemerintah agung. empayar Maurya telah menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa rasmi empayarnya. bertujuan mewujudkan penyatuan politik dan budaya Dalam bidang ekonomi pula para. pemerintah memperkenalkan sistem timbangan ukuran dan matawang yang seragam. Contohnya di Melaka sistem timbangan berdasarkan ukuran kati dan tahil digunakan. 8 Kewibawaan pemimpin, Kekuatan dan keutuhan sesebuah empayar bergantung kepada pemimpin yang. berwibawa Pemimpin yang berwibawa dapat mewujudkan kestabilan politik Ini dapat. diwujudkan dengan menggunakan kekuatan tentera Di samping itu pemimpin pemimpin. juga memberikan naungan politik kepada pertumbuhan tamadun Contohnya Maharaja. Shih Huang Ti memberi peluang kepada golongan sarjana yang berminat dengan falsafah. Konfucius menjalankan penyelidikan sejarah Manakala kerajaan Maurya memberikan. naungan politik kepada golongan karyawan untuk bergiat dalam lapangan kesenian dan. kesusasteraan,9 Penyebaran agama, Pemimpin sesebuah empayar juga bertindak menyebarkan fahaman agama ke wilayah. wilayah jajahan takluk khususnya kepada pemimpin yang terikat dengan sesuatu fahaman. agama dan ingin membawa perubahan dalam masyarakat Contohnya Maharaja Asoka. telah mengambil beberapa langkah untuk menyebarkan agama Buddha dalam. empayarnya Selain mengadakan siri lawatan ke seluruh empayar untuk menyebarkan. agama Buddha baginda juga melantik pegawai pegawai yang dikenali sebagai Dharma. Mahamatra untuk menyebarkan agama Buddha Selain itu Asoka telah mempraktikkan. dan mengamalkan ajaran ajaran Buddha dalam kehidupannya dengan menghentikan. amalan membunuh binatang dan memakan daging Hasil usaha dan langkah langkah. tersebut agama Buddha telah menjadi agama dunia,10 Kemajuan komunikasi. Kejayaan sesebuah empayar juga bergantung kepada sistem pengangkutan dan. komunikasi Rangkaian jalanraya diperlukan untuk menggerakkan pasukan tentera untuk. melicinkan pentadbiran Hal ini dapat dilihat dalam kerajaan Rom pada zaman Augustus. Caesar Beliau telah membina jalanraya jalanraya yang menghubungkan Rom dengan. kebanyakan kawasan jajahannya Ini telah memudahkan pergerakan tentera ke kawasan. jajahan untuk mematahkan sebarang kebangkitan untuk mencabar kepimpinan maharaja. C Kesimpulan, Empayar merupakan entiti politik yang lahir daripada kegiatan ketenteraan yang.
menyebabkan proses perluasan wilayah Sebagai unit politik yang merangkumi kawasan. yang luas empayar mempunyai beberapa ciri seperti sistem birokrasi kerajaan pusat yang. mantap kehomogenian budaya agama dan budaya kekuatan militer perlaksanaan. hegemoni dan sistem naungan ekonomi Ciri ciri ini amat penting dalam memantapkan. serta mengukuhkan kedudukan sesebuah empayar dari segi politik ekonomi dan sosial. 4 Bincangkan ciri ciri pentadbiran pusat dan wilayah di India dengan merujuk. pada zaman empayart Maurya 25M,A Pengenalan 3 markah. Latar belakang Empayar Maurya, Empayar Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya pada tahun 321SM 297SM. Nama empayar ini diambil daripada perkataan Moriyus iaitu satu suku yang terdapat. di Utara India Pemerintahan Empayar Maurya diteruskan oleh anaknya iaitu Bindusara. dari tahun 297SM 272SM kemudian diikuti oleh Asoka dari tahun 273 323 SM yang. dianggap sebagai zaman keagungan dan kegemilangan Dinasti Maurya Terdapat 10. orang Maharaja yang menjadi pemerintah dalam Dinasti Maurya dan yang terakhir ialah. Maharaja Brhadratha,B Isi 7 isi X 3 markah,Ciri ciri pentadbiran pusat dan wilayah di India. 1 Pentadbiran pusat diketuai oleh Maharaja, bertindak sebagai ketua dalam bidang eksekutif kehakiman dan ketenteraan. Raja dianggap suci dan menikmati banyak hak keistimewaan dan gelaran gelaran khas. seperti Devaraja, 2 Raja dibantu oleh menteri menteri dalam sebuah Majlis Menteri council.
Tugas utama menteri ialah memberi nasihat kepada raja berhubung dengan hal ehwal. penting dalam Negara, Menteri menteri biasanya dilantik oleh raja berdasarkan kelayakan dan kebolehan. mereka dan tidak berdasarkan pengaruh dan latar belakang keluarga mereka. Bilangan anggota menteri berubah mengikut keadaan iaitu 3 hingga 12 orang. Contoh Perdana Menteri Menteri Kewangan Menteri Peperangan dan Menteri. Pendamaian, 3 Pembentukan Menteri Parishad yang terdiri daripada dua buah Majlis iaitu. Majlis Negeri dan Majlis Eksekutif, Berfungsi sebagai membantu raja dalam kerja kerja pentadbiran. Raja biasanya mendapatkan pandangan dari Majlis Negeri sebelum sesuatu keputusan. 4 Mewujudkan sistem birokrasi yang diketuai oleh beberapa orang pegawai tinggi. Fungsi sistem birokrasi membantu kerja kerja pentadbiran yang diketuai oleh menteri. Contoh Ketua paderi ketua komander ketua hakim dan ketua bendahari. 5 Mewujudkan jabatan jabatan peringkat rendah yang terdiri daripada penguasa. jabatan kerajaan dan kakitangan sokongan iaitu terdapat 28 jabatan. Setiap jabatan diketuai oleh seorang penguasa dan penguasa penguasa tersebut akan. diawasi oleh Komisioner, Contoh jabatan rendah Jabatan perlombongan Jabatan akaun Jabatan emas Jabatan. gudang Jabatan pertanian, 6 Mewujudkan jawatan pengintip atau ejen rahsia yang berkhidmat untuk raja.
dan pegawai penting, Pengintip dibahagikan kepada beberapa kelas dan mempunyai fungsi atau tugas yang. Pengintip pengintip diwujudkan untuk mengawasi tindak tanduk pegawai tinggi. seperti menteri menteri putera mahkota dan sebagainya. 7 Pentadbiran wilayah dibahagikan kepada peringkat daerah dan kampung. Peringkat daerah diketuai oleh Sthanika dan di peringkat kampung diketuai oleh ketua. kampung yang dilantik oleh raja atau dipilih oleh penduduk kampung. Diperingkat kampung juga dilantik juru akaun atau Gopa yang bertanggungjawab. menyimpan akaun dan akan dipantau oleh Sthanika, Ketua kampung biasanya dibantu oleh assembly yang terdiri daripada beberapa. penduduk kampung, 8 Mewujudkan pentadbiran di peringkat bandar bandar yang dibahagikan kepada. unit pentadbiran kecil yang dikenali sebagai wad yang dianggotai oleh beberapa. Setiap bandar diketuai oleh Nagaraka atau penguasa bandar dan diperingkat wad. terdapat pegawai pegawai kecil dilantik,C Kesimpulan. Pentadbiran pusat dan wilayah di India yang sistematik telah banyak membantu. perkembangan tamadun India terutama dari segi perluasan empayar. Kedua dua pentadbiran ini juga telah menjadikan Empayar Maurya sebagai empayar. yang kuat pada zaman kegemilangan mereka, 5 Huraikan faktor faktor yang mendorong kepada meletusnya peperangan dalam.
tamadun awal manusia 25M,A Pengenalan 3M, Ketahanan ertinya ketabahan kecekalan dan kesabaran dalam menghadapi sebarang. ancaman dan dugaan serta tidak mudah luntur dalam perjuangan Ketahanan terdiri. daripada ketahanan rohani spiritual dan ketahanan fizikal Ketahanan rohani spiritual. meliputi aspek aspek agama dan moral Ketahanan fizikal merangkumi aspek lahiriah. termasuk pembinaan jasmani dan ketenteraan Ilmu pengetahuan pengalaman. kecekapan dan pelaksanaan yang betul merupakan asas asas yang penting dalam. pembinaan ketahanan fizikal dan rohani bagi sesebuah masyarakat dan negara. Ketahanan rohani dan fizikal mestilah dibina dengan seimbang dan sepadu Ketahanan. diri masyarakat dan negara merupakan persediaan yang wajar dan perlu diambil. perhatian yang serius bagi melaksanakan tahap kedua iaitu pertahanan. Pertahanan merupakan perihal mempertahankan diri masyarakat agama dan negara. daripada serangan musuh membela golongan yang lemah teraniaya dan dizalimi juga. termasuk dalam erti pertahanan Mempertahankan hak dan tanggungjawab memerlukan. pengorbanan yang besar dari segi harta masa jiwa dan nyawa. Setiap peperangan yang berlaku merupakan cara untuk mempertahankan negara dan. mempunyai tujuan yang berbeza bagi setiap tamadun,B Isi 5x4M. 1 Pembentukan dan perluasan empayar, Peperangan selalunya ditujukan kepada kepentingan menguasai negara negara jiran. sumber sumber alam tenaga manusia atau kawasan kawasan yang dianggap strategik. bagi imperialis Berdasarkan konsep bahawa negara yang kuat haruslah memimpin. negara yang lemah seperti yang dikatakan oleh Pericles seorang pemimpin Yunani. pada kurun ke 5 SM Imperialisme dan pembinaan empayar adalah bertujuan. memperkukuhkan kedaulatan dan kuasa politik sesuatu monarki pada peringkat awal. tamadun manusia Luasnya empayar dianggap sebagai kayu ukur untuk menguatkan. kegemilangan sesuatu sistem pemerintahan serta meningkatkan kemegahan dan. kemuliaan seseorang raja yang dapat diperoleh melalui keberanian dalam medan. perang Sesebuah kerajaan bukan sahaja bergantung kepada agama seperti hak. ketuhanan raja tetapi juga proses penaklukan untuk mengesahkan pemilihan kuasa. politiknya ke alas rakyat bawahan Peperangan adalah perlu untuk menyatukan. kesemua kelompok penduduk yang berlainan bangsa kepercayaan dan adat agama. dan bahasa Contohnya ialah Chandragupta Maurya yang mewujudkan empayar. pertama dalam sejarah India Dari pusat kuasanya di Bihar kuasa Maurya telah. dikuatkuasakan ke atas penduduk penduduk di Lembah Indus dan Deccan Dasar. imperialisme juga dapat disaksikan dengan penaklukan Iskandar Zulkarnain yang. berjaya meluaskan empayar Yunani ke Asia dan akhirnya melahirkan suatu sistem. kebudayaan yang dikenali kebudayaan Hellenistic Dasar imperialisme juga nyata sekali. dalam pembinaan empayar Rom,2 Masalah sempadan, Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan negara. daripada dicerobolu oleh musuh musuh Fenomena ini selalunya berpunca daripada. ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa berubah ubah akibat pengembangan. atau pengecutan kuasa sesuatu kerajaan Oleh kerana sempadansempadan tidak. didasarkan persetujuan politik tetapi ditentukan oleh faktor faktor geografi atau. keperluan sesuatu unit politik maka perselisihan kerap kali timbul yang membawa. kepada pencetusan peperangan Contoh contoh ialah tamadun Mesopotamia kuno di. mana peperangan berlaku di kalangan negara kota yang disebabkan ketiadaan. sempadan yang jelas Sempadan sempadan negara China sejak Dinasti Chou juga. menghadapi serangan serangan orang gasar Hsiung nu dan Kerajaan Chin terpaksa. mencantumkan semua tembok pertahanan untuk mempertahankan negaranya daripada. musuh musuh Tembok ini dikenali sebagai Tembok Besar China yang panjangnya. hampir 2250 batu Di empayar Rom tekanan tekanan dalaman seperti pertambahan. bilangan penduduk juga mencetuskan peperangan di kawasan sempadan sempadan. 3 Menguasai Sumber Ekonomi, Peperangan juga merupakan suatu saluran untuk memperoleh sumber sumber ekonomi.
yang penting untuk kepentingan rakyat dan asas kekuasaan kerajaan Persaingan selalu. tercetus untuk merampas atau menguasai sumber sumber bahan mentah seperti logam. mendapatkan tanah tanah yang subur untuk pertanian mendapatkan tenaga. perburuhan tenaga hamba untuk mengerjakan ladangladang besar yang dikenali. Latifundia di Semenanjung Itali dan Afrika Utara Di Mesopotamia negara kota sering. berperang untuk mengawal sumber air daripada sungai Tigris dan Euphrates. 4 Mengatasi pemberontakan, Kadangkala peperangan dilancarkan untuk membendung semangat memberontak demi. kepentingan mengekalkan kestabilan rejim diktator Sparta misalnya memalukan kota. jirannya iaitu Messenia dan penduduk penduduknya dipaksa mengusahakan tanah. pertanian untuk rakyat Sparta yang hanya berperanan sebagai askar Tentera Sparta. biasanya melakukan kekerasan untuk menghambakan orang orang Mesaenia dan. memecahkan semangat penentangan,5 Melindungi Ekonomi Perniagaan. Kekerasan dan peperangan untuk melindungi ekonomi perniagaan di dalam. negara empayar dan juga di luar negara Perdagangan antarabangsa dan jalan. perdagangan biasanya meliputi beberapa kawasan yang luas dan perlu dilindungi untuk. menjamin eksport dan import Rom misalnya berperang dengan Carthage untuk. mengekalkan monopoli perdagangan di seluruh Lautan Meditteranean. 6 Faktor Agama, Kemenanganan Athens ke atas Parsi dalam Perang Parsi seperti yang ditulis oleh. Herodotus contoh Perang antara Parsi beragama theist dengan Athens atheist. Mempertahankan kedaulatan dari serangan luar orang gasar Kepentingan peribadi. seperti wanita keluarga balas dendam dan kekayaan contoh spt Cleopatra Mark. Anthony dalam Perang Actium,C Kesimpulan 2M, Peristiwa peperangan adalah suatu fenomena sejagat Objektif objektifnya adalah. berbeza mengikut perbezaan tamadun dan jangka waktu Pada asasnya timbul daripada. sifat manusia yang cenderung untuk menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan. sesuatu konflik Akhirnya peperangan merupakan suatu faktor utama yang menentukan.


Related Books

UNIVERSITY OF KENTUCKY APPLICATION FOR CHANGE IN EXISTING ...

UNIVERSITY OF KENTUCKY APPLICATION FOR CHANGE IN EXISTING

Management of human services ... Any additional required reading will be made available on an as neede d ... Understand supervisory techniques and leadership skills ; 7.

Supervisor, Speech Language Pathology - ecsd.net

Supervisor Speech Language Pathology ecsd net

Supervisor, Speech Language Pathology ... Strong leadership, supervisory and ... Assist manager with follow-up classroom visits to specialistsas neede d ...

HR BLOWERS UK LTD

HR BLOWERS UK LTD

safety and protection equipment. 10. STARTING THE BLOWER a. Check that the interior of the blower and the inlet and discharge piping is clean and that there has been no ingress of dirt or anything else. b. The oil levels must be checked and topped up if necessary. DO NOT OVER FILL. The drive end bearing grease nipples should be greased until the grease escapes from the grease release points. c ...

New Arrivals 24.08.2016 Department of Mechanical Engineering

New Arrivals 24 08 2016 Department of Mechanical Engineering

NON-CONVENTIONAL ENERGY SOURCES 26 Non-Conventional Energy Sources G.D Rai K Khanna Publishers 27 Solar energy Subhas P Sukhatme Tata McGraw Hill 28 Renewable Energy Resources John W.Twidell Anthony D. Weir El,BG Taylor & Francis GAS DYNAMICS 29 Fundamentals of Compressible flow Yahya Wiley Eastern 30 Gas Dynamics E Radhakrishnan PHI 31 Compressible Fluid Flow J. F. Anderson McGraw-Hill ...

SCHOOL LEADERS: CHANGING ROLES AND IMPACT ON ... - OECD.org

SCHOOL LEADERS CHANGING ROLES AND IMPACT ON OECD org

SCHOOL LEADERS: CHANGING ROLES AND IMPACT ON ... 2.3 New Public Management 8 ... issues and the personal and interpersonal skills of leadership;

Joint Base San Antonio 502d Air Base Wing Customer Service ...

Joint Base San Antonio 502d Air Base Wing Customer Service

502d AIR BASE WING (502 ABW) Listing Office Symbol Building Number Phone Number COMMANDER 502 ABW/CC JBSA-SAM B247 210-808-7502 Vice Commander 502 ABW/CV JBSA-SAM B247 201-808-7512 Command Chief 502 ABW/CCC JBSA-SAM B247 210-808-7504 Technical Director for Installation Support 502 ABW/TD JBSA-SAM B247 210-808-7508

Manpower and Organization Handbook - 5th Force Support ...

Manpower and Organization Handbook 5th Force Support

Personnel Accounting Symbol (PAS) for the command level immediately above the current unit or PAS. The Parent Unit indicates the next higher Unit in the Air Force Organizational Structure. 11. OSC & OSC TITLE : The Office Symbol Code (OSC) is a 2 to 7 character code that

Out of the Closet: Representation of Homosexuals and ...

Out of the Closet Representation of Homosexuals and

Out of the Closet: Representation of Homosexuals and Lesbians in Modern Arabic Literature Hanadi Al-Samman University of Virginia Abstract Although a great deal of research and criticism has been done on homoerotic desire in Arabo-medieval adab literature, very little has been written on its representation in modern Arabic lit-erature. In order ...

STAINLESS STEEL WELDING FITTINGS - CCTF

STAINLESS STEEL WELDING FITTINGS CCTF

CCTF Stainless Steel Welding Fittings also conform with one or more of the following standards: MSS SP-43 Schedules 5s and 10s only ASME/ANSI B36.19M Stainless Steel Pipe ASME/ANSI B16.9 Welding Fittings, except short radius ASME/ANSI B16.28 Short Radius Elbows and Returns WELDING BEVEL MSS SP-43 Fittings furnished to this standard may be ...